Politik

Siasat Gopal Sri Ram – Mohd. Puad

KERAJAAN serta pihak berkuasa digesa ambil pengajaran terhadap pendedahan yang dilakukan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam pertemuan dengan peguam, Gopal Sri Ram.

Dalam pendedahan tersebut, bukan perbualan itu sahaja yang penting, tetapi tindakan yang diambil oleh Sri Ram dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Sri Ram beritahu Apandi, Dr. Mahathir mahu kamu tangkap Najib di pejabatnya. Kami telah atur polis dan majistret untuk perintah reman.

“Berapa bayaran yang Sri Ram terima daripada Dr. Mahathir. Takkan percuma? Memang luar biasa Sri Ram ini apabila berani jumpa Apandi membawa arahan Mahathir.”

Begitu pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap pendendahan pertemuan Mohamed Apandi dengan Sri Ram.

BACA > COVID-19: Kebimbangan gelombang kedua meningkat di kala pelonggaran sekatan — Suara Merdeka

Menurutnya, Sri Ram perlu disiasat segera dan dipersoal bagaimana beliau dan Dr. Mahathir mempunyai akses terhadap pihak berkuasa ketika Najib Razak memerintah.

Jelas Mohd. Puad, beliau menyokong saranan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad supaya mengkaji semula kes melibatkan Sri Ram.

“Sri Ram mesti disiasat segera. Dia bukannya kebal. Dia hanya besar kepala semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah. Ada beberapa isu berkaitan untuk diteliti.

“Kenapa Sri Ram mendiamkan diri terhadap pendedahan itu. Ketika Mesyuarat Kabinet PH, Tun M sentiasa menyatakan kekecewaannya kerana Tommy Thomas gagal memenjarakan Najib dengan segera.

“Sebab itu Gopal Sri Ram di minta menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib,” jelasnya.

BACA > Duit simpanan pesara RM740,000 lesap ditipu Macau Scam — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Mohd. Puad turut memberitahu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengaku dalam mesyuarat Majlis Kerta Tertinggi (MKT) UMNO.

Katanya, memang wujud konspirasi untuk jatuhkan Najib Razak.

“Konspirasi itu real. Cuma dia menafikan dirinya terlibat. Video pengakuan Muhyiddin itu tular.

“Video perbualan Datin Seri Rosmah Mansor dengan Dzulkifli yang dibocorkan Latheefa Koya mendedahkan Dzulkfli macam hendak menangis kerana Najib akan didakwa.

“Bagaimana Tun M boleh menembusi agensi penguatkuasa ketika itu. Apakah ia tidak akan berulang lagi,” tegasnya.

BACA > Sejuk mata memandang di Chini – Najib — Suara Merdeka

Terdahulu, Mohamed Apandi mendedahan Sri Ram ada bertemu dengannya di rumah dan menyatakan terdapat ramai saksi termasuk pegawai keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button