Mahkamah

Pecah amanah: Peguam direman seminggu bantu siasatan pembelian tanah RISDA di Tongod

SEORANG peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak tahun 2017 direman tujuh hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod.

Majistret Lovely Natasha Charles, membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan SPRM pada pukul 4.15 petang semalam selepas hadir ke pejabat agensi itu di Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 1.30 tengah hari untuk memberi kenyataan berhubung kes berkenaan.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kes pecah amanah.

Terdahulu, suspek yang diiringi peguamnya, Zahir Shah dan beberapa anggota SPR  tiba di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada kira-kira pukul 9.40 pagi menaiki kenderaan agensi itu. – BERNAMA

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button