Nasional

Siapa Ronnie Liu hingga berani biadab terhadap polis – CUEPACS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ronnie Liu tidak sepatutnya mempersoalkan pangkat anggota polis yang menjalankan tugas menjaga keamanan dan menguatkuasakan peraturan serta undang-undang.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-​Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat, ADUP Sungai Pelek itu juga tidak tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap pegawai polis yang sedang menjalankan bertugas

“Tindakan Ronnie Liu yang mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap pegawai polis bertugas seperti “Pangkat apa? Balai mana? Apasal jahat sangat? Siapa you?” jelas menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang dan penjawat awam yang bertugas.

“Sepatutnya beliau tidak perlu bertanyakan pangkat dan di mana pegawai polis tersebut bertugas. Adakah Ronnie Liu hanya akan mendengar arahan daripada pegawai yang berpangkat tinggi sahaja?” tanya Adnan.

Beliau mengulas video tular memaparkan perlakuan dan sikap yang ditunjukkan oleh ADUN Selangor terhadap seroang anggota polis yang meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah.

Kejadian berlaku ketika proses permohonan reman 18 pekebun durian musang king di pekarangan Mahkamah Raub, Pahang.

“Dalam hal ini CUEPACS ingin mempersoalkan siapakah Ronnie Liu dan apakah kepentingan beliau sehingga sanggup bertindak biadap sedemikian rupa.

“Sebagai ahli politik yang berpengalaman beliau sepatutnya lebih bijak mengawal emosi dan sedar dengan akan kesan bagi setiap tindakan yang dilakukan,” tegas Adnan.

Serentak itu beliau mahu tindakan tegas diambil terhadap Liu sebagai pengajaran kepada semua pihak lebih-lebih lagi ia melibatkan pemimpin masyarakat yang bertindak di luar norma kebiasaan.

Adnan berkata, sikap yang ditunjukkan oleh Liu bukan satu budaya sihat dan akan memberikan teladan yang kurang baik kepada masyarakat umum.

“Bagaimanapun tindakan yang dilakukan oleh Ronnie Liu itu hanya mencerminkan jati dirinya yang jelas melanggar prinsip kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Sekiranya tindakan beliau itu dilakukan hanya kerana mahu bermain politik, ia sepatutnya tidak melibatkan penjawat awam yang hanya mahu melaksanakan tugas dengan baik serta terkawal,” kata Adnan.

Sementara itu, CUEPACS mengucapkan tahniah kepada pegawai polis terbabit kerana berjaya mengawal situasi walaupun menerima provokasi.

CUEPACS katanya, akan sentiasa memberikan sokongan kepada penjawat awam bagi memastikan mereka melaksanakan tugas tanpa rasa gentar selagi mana ia tidak menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

Beliau turut berharap anggota masyarakat diharap dapat memberikan sokongan moral kepada penjawat awam yang berani untuk mempertahankan tanggujawab walaupun kadangkala dicabar atau diherdik oleh sesetengah pihak yang tidak mahu memahami peranan dan fungsi penjawat awam dalam melaksanakan tugas.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button