Hiburan

Shukri Yahya pilih nama anak Maleeq Miqayl

MEMANG sudah menjadi ‘trend’ ibu bapa zaman sekarang untuk menamakan anak mereka dengan nama yang unik.

Kadang-kadang sebutannya biasa sahaja, tapi ejaannya yang unik. Tapi ada juga yang memberi nama sehingga tergeliat lidah nak menyebutnya.

Terbaharu, pasangan Shukri Yahya dan Tya Adnan yang baru menimang cahaya mata pada 20 Julai lalu telah menamakan anak mereka Maleeq Miqayl.

Nama anak kedua mereka itu didedahkan isteri Shukri menerusi akaun Instagram bersama gambar anak lelaki yang dilahirkan itu.

BACA> Covid-19: Amitabh Bachchan dibenarkan balik rumah

Tya turut memuat naik video selepas tiga jam kelahiran anak keduanya itu. Dalam entri itu, Tya turut berkongsikan kejadian pelik berlaki ketika bersalin sehingga doktor dan jururawat panik.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Maleeq Miqayl. Video first tu, saya baru berusia 3 jam je dekat dunia ni tau.

“Mummy bersalinkan saya normal 2.78kg. Hari isnin 20/7/2020 jam 2.18pm. Masa nak bersalin tu saya ada buat gimik sikit dalam labour room tau. Sampai doctor and semua midwife cuak. Nakal kan saya?Gimik apa tu? Haa nanti suruh mummy cerita ok. Maleeq sayang semua,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang berkongsi kegembiraan dengan kelahiran anak kedua pasangan itu.

BACA> Jennifer Aniston dibenci rakan pelakon

Malah, rakan artis juga menyifatkan wajah bayi baharu pasangan itu sama seperti raut wajah ibunya.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aira Ameena kini berusia empat tahun. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button