Hiburan

Jennifer Aniston dibenci rakan pelakon

SELAIN dikenali sebagai bintang drama bersiri popular iaitu Friends, ramai yang tidak tahu bahawa Jennifer Aniston sebenarnya dalah seorang pelakon yang dibenci.

Malah, Jay Mohr yang pernah berlakon dalam filem romantis Picture Perfect pada 1997 bersama wanita itu pernah menangis kerana perbuatan aktres tersebut.

Memang di dalam filem itu, Aniston dan Mohr memegang watak sebagai pasangan kekasih yang cukup romantis.

Tetapi hakikat di ala realiti, Aniston sebenarnya tidak berpuas hati dengan pemilihan Mohr yang disifatkan sebagai tidak sesuai dengannya.

Malah, Mohr begitu kecil hati dengan tindakan Aniston yang cuba merendah-rendahkan kemampuan lakonannya dan menganggap lelaki itu belum berkemampuan untuk berlakon dengannya.

BACA> Covid-19: Amitabh Bachchan dibenarkan balik rumah

“Ketika itu saya masih baru dalam dunia lakonan. Malah, ketika sesi ujibakat (audition) ada beberapa pelakon hebat yang lain tetapi entah mengapa, saya yang terpilih.

“Aniston nampak begitu terkejut dengan pemilihan saya dan sejak hari pertama, dia sering mempertikai kemampuan lakonan saya dihadapan pelakon-pelakon dan kru pengambaran.

“Itu yang membuatkan saya kecil hati dan rasa seperti ingin menangis. Malah, sehingga kini, itulah pengalaman terburuk saya dalam dunia lakonan,” katanya seperti dilaporkan Geo News.

Sebenarnya, bukan Mohr sahaja yang tidak sebulu dengan Aniston, pelakon lain seperti Piers Morgan, Joan Rivers dan Kristen Stewart juga pernah mengadu perkara sama.

Malah, Aniston juga pernah digelar ‘Diva’ oleh kru pengambaran kerana sikapnya itu.

BACA> ‘Skandal Shuk’ buat laporan polis, dakwa difitnah

“Anistion pernah meletakkan kenderaannya jauh daripada set pengambaran semata-mata kerana tidak mahu bertembung dengan pelakon lain,” kata seorang daripada kru filem. -SM

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button