Pelawak dan usahawan popular, Shuib memohon supaya gambar dan video arwah isterinya, Siti Sarah yang tidak menutup aurat dengan sempurna tidak dikeluarkan.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuib juga meminta supaya mereka yang telah memuat naik di media sosial supaya mengeluarkanya.
“Saya ada permintaan di mana saya memohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.
“Saya juga mohon pada yang terupload di media sosial untuk keluarkan (padam) kembali video atau gambar tersebut,” tulisnya.
Pada masa sama, dia juga memohon supaya kebaikan yang pernah dibuat arwah tidak diceritakan secara berlebih-lebihan.
“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” ujarnya. -SM