Hiburan

Shuib berhenti jadi penyampai radio, beri fokus pada perniagaan

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan apabila dia memilih keluar daripada stesen radio tersebut.

Shuib membuat keputusan itu selepas hampir dua tahun berada di Hot FM dan kontraknya juga bakal tamat pada 31 Januari depan.

Pengumuman itu juga membuatkan dua lagi penyampai radio lain yang bersama dengan Shuib iaitu Fizi dan Shuk berada dalam keadaan terkejut.

Namun menurut stesen radio tersebut, keputusan yang dibuat oleh Shuib itu adalah untuk memberi fokus kepada perniagaannya.

Shuib kini sangat aktif dengan perniagaan kafe minumannya iaitu Bubblebee yang semakin melebarkan sayap di luar kawasan Lembah Klang.


Dalam pada itu, isteri Shuib, Siti Sarah turut mendoakan supaya urusan suaminya dipermudahkan dan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang telah dibuat. -SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button