Shopee Memperuntukkan Sehingga RM50 Juta untuk Pelajar Malaysia
Shopee, platform e-dagang terunggul di Asia Tenggara dan Taiwan secara rasminya bekerjasama dengan Sasbadi, syarikat penerbitan dan penyedia solusi pendidikan terkemuka di Malaysia, untuk memperkasakan pelajar dalam usaha mencapai matlamat pendidikan mereka.
Kerjasama ini dilancarkan agar bahan pembelajaran dan ulang kaji berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh komuniti pelajar Malaysia agar mereka cemerlang dalam pelajaran.
Bermula 1 Julai 2023, Shopee akan menyumbang 50 juta ringgit untuk membantu para pelajar membeli bahan pembelajaran dan mencapai kecemerlangan akademik.
Ini dapat dilakukan melalui baucar bernilai RM20 tanpa perbelanjaan minimum yang boleh digunakan untuk menebus bahan pembelajaran di kedai rasmi Sasbadi di Shopee, eksklusif buat pelanggan baharu Shopee.
Sepanjang tahun ini, baucar ini akan dicetak dalam bahan penerbitan Sasbadi terpilih dan diedarkan melalui Shopee dan kedai buku seluruh negara.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas Sasbadi, Law King Hui, berkata: “Buat mereka yang memerlukan bahan pembelajaran berkualiti tinggi, anda tidak keseorangan –Sasbadi komited untuk membantu anda mencapai potensi secara menyeluruh.
“Kami percaya bahawa Shopee mampu menyediakan sokongan yang sangat diperlukan ini untuk para pelajar
di seluruh Malaysia, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan dan yang amat memerlukannya.
“Kami akan sentiasa meneroka peluang untuk meningkatkan kesedaran terhadap usaha-usaha seperti ini,” katanya,
Sementara itu, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sasbadi dalam menyokong keperluan pendidikan pelajar luar bandar dan yang kurang berkemampuan daripada pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia.
“Ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong komuniti tempatan menggunakan teknologi.
“Saya percaya bahawa pendidikan amat penting dan bersama-sama dengan pasukan saya, saya gembira kerana dapat membalas sokongan yang saya terima semasa saya belajar dahulu.
“Kami berharap agar sokongan daripada Shopee ini dapat membantu para pelajar mencapai impian mereka,” katanya.
Shopee menjalankan usaha yang sama pada Mei 2022 dan berjaya mengumpul hampir RM300,000 ringgit untuk penerima *#ShopeeGivesBack seperti UNICEF Malaysia dalam memenuhi keperluan kritikal kanak-kanak terpinggir dan keluarga mereka ketika COVID-19.
Sepanjang kempen ini, platform Shopee akan menyediakan tawaran mudah akses yang disuai padan dengan keperluan pelajar berdasarkan pemahaman berpacukan data.
Terutamanya, pencarian pelajar terhadap keperluan pendidikan seperti buku nota atau keperluan sekolah, buku teks sekolah, peralatan bantuan pendidikan, dan bahan ekstra kurikulum.
Pada masa yang sama, bahan penerbitan Sasbadi yang boleh didapati di Shopee dan kedai buku di seluruh
negara akan disertakan dengan baucar RM20 untuk membolehkan para pelajar menebus bahan pendidikan dengan mudahnya di kedai rasmi Sasbadi melalui platform Shopee. – SM