Shinzo Abe disahkan meninggal dunia
BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika sedang berucap di bandar raya Nara, barat Jepun hari ini.
Memetik laporan NHK, Abe yang baru beberapa minit menyampaikan ucapan telah ditembak sebanyak dua kali di bahagian belakang badan terus dibawa ke sebuah hospital sejurus kejadian itu.
Sejurus kejadian tembakan itu, Abe dibawa ke hospital namun difahamkan kecederaan yang dialaminya sangat kritikal. Kematiannya disahkan beberapa jam selepas insiden tragis itu di hospital.
Abe yang berusia 67 tahun adalah pemimpin Jepun yang paling lama berkhidmat sebelum meletakkan jawatan atas sebab kesihatan pada 2020.
Susulan kejadian itu polis menahan seorang lelaki yang disyaki bersenjata di tempat kejadian.
Artikel berkaitan > Shinzo Abe ditembak ketika berucap, Perdana Menteri zahir ucapan duka cita!