Luar Negara

SHEIN kalahkan jenama antarabangsa

BUATAN Nanjing, China, jenama SHEIN yang diperkenalkan sejak tahun 2008 telah berjaya mengenepikan jenama-jenama besar dalam arena fesyen dan bertapak kukuh di 113 negara di dunia.

Jenama seperti Adidas, Nike dan Zara kalah dengan SHEIN menerusi carian Google di 113 negara di dunia.

Oleh kerana SHEIN menawarkan harga yang jauh lebih murah, tidak hairanlah orang ramai sanggup membeli pakaian, kasut dan aksesori menerusi platform dalam talian atau online walau pun dunia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi meruncing.

Menurut portal Remaja, salah satu eleman yang membantu mempopularkan jenama SHEIN ialah harga barangan keluargannya jauh lebih jimat dalam pembelian.

SHEIN juga dengan pantas memperkenalkan fesyen terkini yang menjadi ikutan penggemar fesyen kerana mahu bergaya seperti selebriti antarabangsa.

PEKERJA yang terlibat dalam pengeluaran SHEIN harus menghasilkan antara 700 hingga 1,000 helai pakaian dalam masa sehari.

Ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan namun jumlah tersebut tidak semestinya kuantiti tempahan yang dibuat atau diterima melalui online.

Bayangkan berapa ramai tenaga dan masa pekerja yang terlibat dalam produktiviti jenama SHEIN ini.

Untuk rekod, suatu ketika SHEIN mengundang kontroversi apabila para pekerja dikatakan diperah sehabis-habisan untuk memenuhi permintaan tempahan.

Mereka bekerja 75 jam seminggu dan hanya diberi cuti dua atau tiga hari sahaja dalam sebulan.

Pemilik SHEIN juga didakwa mendera para pekerjanya dengan membiarkan mereka bekerja tanpa henti.

Keadaan itu didedahkan menerusi sebuah dokumentari yang dihasilkan oleh produksi dari Britain.

Sedikit sebanyak jenama SHEIN tercalar disebabkan kontroversi yang melanda namun hakikatnya jumlah jualan semakin meningkat dan orang ramai terus mencari dan membeli produk jenama SHEIN dalam talian. – SM

(Visited 428 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button