Hiburan

Shahir Zawawi juara Hijrahkan Laguku

PENTAS akhir program Hijrahkan Laguku yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan penyanyi Shahir Zawawi diumumkan sebagai juara.

Shahir,34, megenepikan pencabarnya Iwan Syahman, Datuk Nash, Mark Adan dengan markah keseluruhan 72 peratus.

Kemenangan itu melayakkan Shahir membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, plak Hijrahkan Laguku, Hijrah Prihatin ke Langkawi.

Di pentas akhir, Shahir telah membawa dua buah lagu iaitu untuk segmen solo, Madahku yang digubah daripada lagu asal Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain manakala lagu duet bersama Datuk Nash berjudul Perjalanan Jiwa yang digubah daripada lagu asal Kamelia, dipopularkan oleh kumpulan Sweet Charity.

Tiga peserta akhir lain, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. 

Sementara itu, Iwan diumumkan sebagai pemenang anugerah Sawa’ Assabil yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Persembahan pembukaan istimewa dimeriahkan dengan gandingan tiga artis jemputan iaitu Zamani Slam, Mawi dan Cat Farish dengan membawa lagu Tak Mungkin Berpaling. 

Juri tetap terdiri daripada Fauzi Marzuki dan Hazamin Inteam serta dibantu oleh juri jemputan, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. -SM

 

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button