Politik

Shahidan Kassim optimis PN sapu bersih Parlimen, DUN Arau

DATUK Seri Shahidan Kassin optimis Perikatan Nasional (PN) bakal sapu bersih kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau yang kali ini bertanding atas tiket PN yakin kerana pengundi Arau pada dasarnya sangat setia kepada kepimpinan dan mahukan calon yang boleh menang sahaja bertanding.

Atas sebab itu juga katanya, beliau terpaksa bertanding atas kapasiti sebagai calon yang boleh menang.

“Saya yakin kalau semua orang di Perlis menyokong PN, pastinya bakal membentuk sebuah kerajaan baharu nanti,” katanya pada media di Pusat Penamaan Calon Parlimen Kangar di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSA) di Pauh Putra, Arau hari ini.

Shahidan berkata, beliau memahami kehendak pengundi menolak calon luar seperti yang berlaku di Parlimen Arau dan Padang Besar.

“Anak tempatan juga ramai yang berpotensi sebagai calon politik yang hebat jadi kenapa perlu pilih orang luar,” katanya.

Sementara itu, Shahidan akan bertemu dengan dua lawannya iaitu Fathin Amelia Fazlie calon PH dan Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN).

Bagi DUN Guar Sanji, calon BN, Rozieana Ahmad dan Hasparizal Hassan (PH) akan melawan penyandang, Ustaz Mohamad Ridzuan Hashim (PN).

Bagi DUN Tambun Tulang, penyandang iaitu Datuk Ismail Kassim (BN) akan bertanding tiga penjuru melibatkan Muhammad Syahmi Suhaimi (PH), Wan Zikri Afthar (PN) dan Maton Din (Pejuang).

Penyandang kerusi DUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob (BN) akan ditentang lima lawan iaitu Razali Saad (PN), Amran Darus (PH), Wan Noralhakim Shaghir Saad (Warisan), Izhar Kamarudin Sudin (Pejuang) dan Dr. Amar Hassan (Bebas).

Bagi DUN Pauh pula, BN diwakili calon muka baharu, Syed Atif Syed Abu Bakar yang akan menentang Megat Hashirat Hassan (PN), Azhar Ameir (PH) dan Mohd Khalid Ahmad (Warisan).

Bagi DUN Sanglang, Pengerusi PN, Mohd Shukri Ramli yang menyandang kerusi ini akan berentap dengan calon muka baharu BN, Sharipudin Ahmad dan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad (PH). – SM

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button