Politik

Shafie berani rasmi dewan gereja dalam musim pilihan raya – Teresa

AHLI Parlimen DAP Teresa Kok kagum dengan keberanian Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal merasmikan pembukaan dewan sebuah gereja di Kg. Bunsit di Keningau, Sabah dalam tempoh pilihan raya.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, tidak ada pemimpin Islam di Semenanjung Malaysia yang akan melakukan tindakan seperti Shafie ketika musim pilihan raya kerana khuatir akan menjadi isu.

“Tidak ada pemimpin Muslim di Semenanjung Malaysia yang akan merasmikan bangunan gereja dalam tempoh kempen pilihan raya kerana mungkin diputar-belitkan oleh pihak tertentu.

“Hanya Shafie Apdal yang berani melakukannya dan ia hanya akan berlaku di Sabah,” kata Teresa di Facebooknya.

Menurut Teresa, klip video pendek CM Sabah menghadiri pembukaan dewan Gereja Katolik St James The Apostle itu telah beredar di media sosial terutama di kalangan kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, ramai yang terkesan dengan keterbukaan Shafie kerana menunjukkan keterbukaannya terhadap agama bukan Islam.

Teresa kini sedang berada di Keningau untuk berkempen bagi calon DAP yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Bingkor.

Beliau juga telah dibawa bertemu dengan penduduk Kg Bunsit dan mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di luar gereja bersama dengan calon DAP, Peter Saili.

Shafie merasmikan pembukaan dewan gereja tersebut pada 9 September iaitu empat hari sebelum Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Sabah yang diadakan pada 12 September.

Mengikut laporan Borneo Post Online ketika majlis pelancaran Shafie berkata, Gabungan Warisan Plus akan meninjau penubuhan sekolah missionary dan pusat pendidikan di Keningau sekiranya mereka kembali berkuasa selepas pilihan raya negeri.

Shafie berkata, ada keperluan bagi negara untuk melaksanakan perubahan struktur, terutama dari segi pendidikan.

“Tahun lalu, walaupun tidak banyak, saya memperuntukkan hampir RM200 juta (untuk tujuan pendidikan).

“Tetapi, jika kita menang (pilihan raya berikutnya), kita akan meningkatkan peruntukan untuk pendidikan,” katanya.

Presiden Parti Warisan Sabah itu berkata, dia akan berusaha untuk mendirikan sekolah missionary di Keningau.

“Adalah menjadi harapan saya agar sekolah misisionary dan pusat pendidikan di Keningau,” tambah Shafie seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.-SM

 

(Visited 582 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button