Uncategorized

Shafie PM: Jangan letak harapan terlalu tinggi – Bung

RAKYAT Malaysia khusunya penduduk di Sabah diharap tidak terlalu teruja dengan meletakkan harapan tinggi kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana, masih belum ada lagi kesepakatan antara pemimpin parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dalam memuktamadkan pemilihan Ketua Menteri Sabah itu.

Malah cadangan yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu kekal tidak rasmi sehingga Majlis Presiden putuskan perkara itu yang dianggap sebagai ‘pilihan ketiga’.

“Ia seperti kata orang,’mendengar guruh di langit air dalam tempayan dicurah jangan. Yang memerintah sekarang adalah Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak nampak dari mana (Mohd. Shafie dan Dr. Mahathir) boleh dapat sokongan sebab PH sendiri pun berbalah dan berpecah-belah.

“PH bukan ada pendirikan yang bagus. Mereka (parti-parti komponen) pun ada agenda masing-masing.”

BACA > Penganggur perdaya RM20,000 bagi pelaburan emas tidak wujud didenda RM3,000 — Suara Merdeka

Demikian kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang turut meminta pengundi di Sabah menilai sendiri kepimpinan Mohd. Shafie selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bung Moktar ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini, turut menasihatkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu perlu menyedari hakikat memimpin sebuah negara tidak sama dengan negeri.

“Memang betul, seorang Perdana Menteri mesti membawa harapan dan pembangunan. Tetapi terlalu jauh untuk bincang perkara ini.

“Warisan perlu fokus kepada pembangunan di Sabah, masih banyak isu-isu rakyat belum selesai.

“Janji tidak tertunai lagi dan manifesto Warisan ketika PRU-14 masih belum diselesaikan sepenuhnya.

“Rumah rakyat yang terbakar 6,000 buah, satu pun masih belum dibina baharu. Ekonomi terlampau menurun.

BACA > Bukan amalan dalam parti UMNO simpan resit perbelanjaan PRK, PRU-Saksi ketiga — Suara Merdeka

“Peniaga-peniaga banyak merana, banyak tutup kedai. Banjir pula menjad-jadi,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan pengalaman Mohd. Shafie yang pernah mengemudi beberapa kementerian dalam kerajaan sebelum ini.

Namun, keputusan menjadi Perdana Menteri adalah terletak pada tangan rakyat yang kemudian dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

MOHD. SHAFIE

“Saya pun boleh mencadangkan sesiapa untuk menjadi Perdana Menteri. Sesiapa pun boleh cadangkan.

“Tetapi akhirnya, keputusan pilihan raya adalah rakyat yang tentukan dan Yang di-Pertuan Agong akan melantiknya (Perdana Menteri).

“Cadangan ini sangat lucu, kerana dia (Dr. Mahathir) pun sekarang tidak mempunyai parti. Hanya untuk apa orang kata sebagai ‘syok sendiri’.

“Rakyat tidak akan termakan dengan politik murahan sebegini,” ujarnya.

Terdahulu, Dr. Mahathir memaklumkan beliau berbincang dengan beberapa pemimpin PH (kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Rumah Tetamu Sabah.

Dalam perbincangan tersebut, mereka bersetuju dengan cadangan untuk memilih Ahli Parlimen Semporna sebagai Perdana Menteri ke-9.

BACA > Persenda jata negara ibarat cuba ganggu kedaulatan negara — Suara Merdeka

Bagaimanapun, cadangan tersebut dianggap pemimpin PH sebagai tidak rasmi kerana perlu dibawa berbincang dan diputuskan oleh Majlis Presidennya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button