Nasional

Sewa rumah: Tangguh atau kurangkan – Asyraf

PEMILIK rumah atau premis dirayu agar dapat mengurangkan beban penyewa dengan menagguh atau mengurangkan kada sewa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan pelaksanaan PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan Koronaviru (Covid-19), pendapatan ramai rakyat di negara ini terjejas.

[BACA] Terima pelarian Rohingya bantut usaha kekang Covid-19 — Suara Merdeka

Justeru, kerajaan melalui Bank Negara memberi kemudahan moratorium selama enam bulan pembayaran balik bagi pembiayaan pinjaman perumahan.

Oleh demikian, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa, pemilik atau tuan rumah yang menyewakan kediaman supaya bertimbang rasa.

Menurut beliau, tindakan sedemikian berpadanan dengan kemudahan yang diberi oleh kerajaan.

Selain itu, langkah ini bertujuan memupuk sikap timbang rasa ketika semua orang terkesan dengan pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Kami menyeru agar pemilik rumah dapat menggunakan budi bicara dan menzahirkan sifat keihsanan kepada para penyewa dengan mengurang atau menangguhkan sewaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Facebooknya selepas mendakwa menerima banyak aduan daripada penyewa yang terbeban ketika tempoh PKP.

[BACA] 26 rakyat Malaysia di Amerika Selatan dibenar pulang — Suara Merdeka
[BACA] MAIPs permudahkan zakat atas talian ekoran pandemik COVID-19 dan PKP — Suara Merdeka

Tambah Asyraf, sekiranya masalah ini tidak diselesaikan, beliau bimbang ramai keluarga akan kehilangan tempat tinggal

Katanya dalam situasi darurat ini, pemilik rumah tidak seharusnya mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan daripada kutipan sewa.

“Situasi ini sudah tentu amat dikesalkan lantaran terhakisnya sifat keihsanan dan timbang rasa sedangkan semua maklum ramai yang hilang punca pendapatan sepanjang PKP.

“Ini memerlukan campur tangan segera kerajaan dengan memperkenalkan peraturan atau undang-undang yang dapat memelihara hak kedua-dua pihak penyewa dan pemilik premis.

“Sebagaimana yang dilakukan banyak negara ketika ini,” tegasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan perlanjutan tempoh PKP sehingga 28 April ini.

Perintah tersebut mula dikuatkuasa sejak 18 Mac lalu bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

[BACA] PKP sambung hingga 28 April — Suara Merdeka
[BACA] TV atau radio tidak lagi bersiaran — Suara Merdeka

Ekoran daripada itu juga, kerajaan turut melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi mengurangkan beban rakyat terkesan akibat PKP dan Covid-19. – SM

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button