Politik

Setelah 56 Tahun Berkecimpung, Lim Kit Siang Umum Undur Diri Dari Persada Politik!

Veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan persaraan beliau dalam dunia politik setelah berkecimpung selama 56 tahun.

Beliau mengumumkan ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 yang berlangsung hari ini.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik.

“Saya menarik diri dari bertanding pilihan CEC hari ini.

“Sila padamkan no. 39 dari senarai calon CEC anda.

“Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen atau negeri di masa hadapan.

“Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun.

“Dua hari lepas merupakan ulang tahun ke-56 parti kita, dan selama ini saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam Pilihan Raya Umum tahun 1969, sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan Persekutuan serta mengambil alih kerajaan di tujuh negeri bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa PRU-14,” katanya.

Lim Kit Siang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti pada 1969 dan seterusnya dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan dari 1999 hingga 2004.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri penggal ini juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Bandar Melaka (1969-1974); Kota Melaka (1974-1978); Petaling Jaya, Selangor (1978-1982); Kota Melaka (1982-1986); Tanjong, Pulau Pinang (1986-1999); Ipoh Timur, Perak (2004-2013) dan Gelang Patah, Johor (2013-2018).

Beliau juga pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Kubu, Melaka (1974-1982); Kampong Kolam, Pulau Pinang (1986-1990) dan Padang Kota, Pulau Pinang (1990-1995). – Suara.tv

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button