NasionalPolitik

Sering Tak Puas Hati, Netizen Janji Takkan Maki Mana-Mana Perdana Menteri Selepas Ini

Suasana politik yang melanda negara sehari dua ini ternyata menimbulkan rasa resah dalam kalangan penyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kegembiraan buat penyokong Pakatan Harapan (PH).

Malah penarikan diri UMNO daripada menyertai gabungan PN juga meninggalkan impak yang pelbagai kepada akar-umbi kerana ada yang menyokong Presiden dan ada yang mahu biarlah COVID-19 selesai.

Melihat kegoyahan yang dialami Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, penulis teringat kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain daripada rasa UMNO mampu berkuasa selamanya, rakyat tidak boleh menolak atau buat-buat lupa dengan mengundi PH, Najib serta kerajaan UMNO berjaya ditumbangkan.

Setelah PH memerintah selama 22 bulan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, pergolakan politik dalam PH berlaku sehingga Tun meletakkan jawatannya.

Antara sebab Tun meletakkan jawatan adalah disebabkan desakan kuat orang Melayu yang merasakan hak-hak mereka seperti mula dilacurkan satu demi satu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus ditipu, manifesto bukan kitab suci dan lain-lain perkara menjadi sumpahan daripada rakyat yang mengundi.

Dari sini jelas kita dapat simpulkan bahawa tukarlah beratus kali Perdana Menteri sekali pun, jawatan itu pasti akan diburu ahli politik yang lain pula.

Tukarlah beratus kali jawatan sekali pun, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan dibenci oleh pihak lawan walaupun sesama agama dan sesama bangsa.

Sebab itulah penulis sebenarnya kurang gemar kepada sistem politik dalam negara kerana penghujungnya orang Melayu akan terus berpecah dan tidak ada masa berfikir soal tamadun.

Tidak ada masa untuk berfikir bagaimana mahu luaskan jajahan orang Melayu dari segi ekonomi, bahasa, identiti, budaya, trend dan sebagainya.

Masing-masing sibuk dengan media sosial, kutuk sana-sini, tak puas hati, letak jawatan, bukannya dipaksa untuk bertanggungjawab.

Bayangkan sahaja jika anda sebagai bapa dan politik ini anak perempuan anda. Mana-mana lelaki yang gagal puaskan nafsu anak tadi, tinggalkan dia, biarlah anak perempuan tadi cari lelaki baharu untuk rasa sedap.

Begitulah busuk dan jijiknya situasi politik yang melanda negara bernama Malaysia hari ini. Semoga Yang Dipertuan Agong dapat gunakan kebijaksanaan sebagai ketua negara untuk pulihkan Tanah Melayu.

Bumi berdaulat ini semakin rosak dengan orang yang cinta dunia, tiada tauhid dalam diri, semua untuk kepentingan kroni, rakyat jadi mangsa, jiran sebelah pun belum tentu peduli. Ampun, Tuanku!

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button