Politik

Serap sementara penganggur ke jabatan, agensi kerajaan

WUJUD cadangan supaya rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan ketika tekanan ekonomi akibat pandemik diserap masuk sementera ke jabatan dan agensi kerajaan.

Cadangan tersebut meliputi penyerapan sementara ke Badan Berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan kerajaan yang bukan bersifat keuntungan.

Dengan cadangan gaji pada peyerapan sementara itu, dijangkakan dapat membantu penganggur mengatasi masalah kehilangan pendapatan.

Malah, langkah itu juga dikatakan secara tidak langsung mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat dan negara sekarang.

“Bagi menyelesaikan masalah Pengangguran di Malaysia, pendekatan yang drastic perlu dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menghindari daripada kesan yang lebih serius terutamanya dari segi ekonomi dan sosial.

“Saya mencadangkan agar Kerajaan Perikatan Nasional dapat memberi pertimbangan untuk perlaksanaan Dasar Jaminan Pekerjaan kepada penganggur-penganggur.

“Dengan menawarkan kerja sementara atau berdasarkan gaji masa bagi menjalankan kerja-kerja di sektor awam, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan badan bukan bersifat keuntungan.

Jaminan pekerjaan dan pendapatan

“Jaminan Pekerjaan sekurang-kurangnya dapat memastikan penganggur-penganggur mempunyai pendapatan yang minima sekurang-kurangnya bagi meneruskan kehidupan mereka.

” Penyokong kepada dasar ini seperti Bernie Sander dan Kirsten Gillibrand berpendapat bahawa ia merupakan pendekatan yang paling berkesan dan stabil untuk memulihkan ekonomi negara.”

Demikian kata Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chan Chun Kuang yang mencadangkan Dasar Jaminan Pekerjaan dalam satu kenyataan hari ini.

Peningkatan pengangguran ketara

Beliau mencadangkan demikian susulan peningkatan ketara dilaporkan terhadap kadar pengangguran negara terimpak daripada penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Chun Kuang merujuk kepada laporan perbandingan kadar pengangguran bagi bulan Ogos pada 2018, 2019 dan tahun ini.

Menurut laporan tersebut, kadar pengangguran pada Ogos 2020 adalah tinggi iaitu sebanyak 4.7 peratus berbanding 2019 dan 2018 yang hanya catat 3.3 dan 3.4 peratus.

Justeru, beliau menggesa kerajaan berbuat demikian dan menilai kesan akibat peningkatan pengangguran termasuk impak terhadap masalah sosial.

Kesan akibat pengangguran

“Apa yang akan terjadi terhadap dengan mereka yang telah menganggur dan hilang punca pendapatan?

“Kami menyaksikan beberapa kejadian rakyat yang telah hilang pekerjaan memilih untuk menamatkan nyawa mereka setelah menghadapi tekanan ekonomi dan sosial.

“Kami juga menyaksikan banyak perniagaan yang terpaksa menamatkan perniagaan mereka kerana tiada keuntungan yang dicapai.

“Malahan, beberapa hari lepas Persekutuan Majikan Malaysia juga mengaku bahawa majikan menghadapi cabaran besar dalam meneruskan perniagaan, mengekalkan pekerja dan mengupah pekerja baru.

“Bagi menyelesaikan masalah Pengangguran di Malaysia, pendekatan yang drastik perlu dilaksanakan oleh kerajaan,” tegasnya. – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button