Sukan

’’Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu’’- Norza Zakaria akan letak jawatan

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia, Tan Seri Mohamad Norza Zakaria akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat.

Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dilakukan susulan kontroversi kehadiran ahli keluarganya di Sukan Olimpik 2024 yang berlangsung di Paris.

‘’Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita.

Pada Mei lalu, Mohamad Norza meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.

 

Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.

 

‘’Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.

 

‘’Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini.

Terdahulu, Mohamad Norza terpalit kontroversi susulan kehadiran ahli keluarganya di pertandingan Sukan Olimpik 2024 di Paris.

 

Mereka juga dilihat memakai kad akreditasi, namun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri.

Kreadit :> Oh Bulan

Artikle Berkaitan :>

BAM tunggu jawapan Misbun

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button