pilihanPolitik

Seramai 5,000 dijangka hadir Konvensyen BN Sabah Sabtu ini

Seramai 5,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 yang akan diadakan di Penampang Sabtub ini, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata konvensyen tersebut akan menjadi medan memperkukuhkan solidariti parti itu khususnya si Sabah dan menjadi saksi betapa kukuhnya kesepakatan sebuah gabungan BN yang memberi sumbagan besar membentuk kerajaan Sabah.

Katanya, walaupun BN hanya mempunyai empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, semua parti itu amat memerlukan jesteru BN perlu mengambil pendekatan merapatkan barisan kepimpinan dan menyatukan jentera semua peringkagt sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU).

“Konvensyen ini berkemungkinan menjadi pertemuan terakhir ahli-alhi parti sebelum menghadapi pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah PRU di Malaysia. Jesteru ahli-ahli BN khususnya peserta yang hadir ke konvensyen ini perlu memanfaatkan pertemuan ini.

“Bincangkan isu-isu yang relevan untuk memperkasakan perjuangan parti, melihat secara jujur segala rencana dan pelan BN, dalam mengatur persediaan menghadapi pilihan raya umum akan dating,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bung Moktar yang juga Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan merasmikan majlis penutup konvensyen itupada hari sama dan turut dijadualkan hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata antara program konvensyen itu ialah Bicara Seorang Negarawan oleh Pengurusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri.

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button