Sera Melissa ingin cuba filem aksi
Bakat kelahiran Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL), Sera Melissa atau cukup sinonim
dengan watak Ayu melalui Drama Cukup Derita Itu suatu ketika itu, pernah menjadi bualan
peminat drama tanah air kerana lakonan dan watak beliau disamping pelakon hebat, Didie
Alias.
Mengakui masih baru di dalam industri, Sera bersyukur kerana diberi peluang berlakon disisi
ramai pelakon dan pengarah yang berbakat yang banyak membantu dalam perjalanan
seninya.
Menurutnya, dia tidak pernah memilih watak sebaliknya menerima pangalaman sepajang berada di dalam industri.
“Saya tidak memilih watak sebab saya percaya bahawa setiap watak itu
amat bermakna dan saya akan cuba untuk memahami dan akan memberikan yang terbaik.
Tunjuk ajar daripada pengarah, team produksi dan barisan pelakon juga adalah pengalaman
amat berharga bagi saya.”
Baru berusia 24 tahun, Sera merasakan perjalanan kariernya masih jauh, banyak ruang yang
perlu di teroka dan diperbaiki, salah satu caranya adalah menonton semula drama
lakonannya dan memperbaiki kelemahannya untuk drama akan datang.
Tambahnya lagi, membawa watak yang sangat mencabar adalah pengalaman yg mahal
baginya. Contoh salah satunya pengambaran telemovie Abang Ngah Arahan Along
Kamaludin.
“Saya membawa watak Ila yang sangat berat untuk saya sebagai pendatang baru
waktu itu.
Selain dari memasuki kelas lakonan, Sera juga kini sedang memperluaskan skillnya dengan
mengikuti kelas vokal.
Bagi Sera, sementara masih ada peluang, beliau ingin mempelajari
pelbagai skill baharu untuk dirinya pada masa hadapan. Sera juga mempunyai bakat bermain gitar dan menari.
“Saya teringin untuk menyertai kelas kick boxing, sebagai persediaan jikalau ada peluang untuknya membintangi drama atau filem aksi akan datang”, katanya.
Artikle Berkaitan:>
Ketua Menteri Melaka beraksi bak Donnie Yen dalam filem Ip Man