Hiburan

Filem Polis Evo 3 pecah rekod mengalahkan Mat Kilau

Dalam masa seminggu tayangan Polis Evo 3 berjaya memecahkan rekod sebanyak RM16 juta ia sekali gus mengalahkan filem Mat Kilau.

Polis Evo 3 mengalahkan Mat Kilau

Menurut Astro Shaw, filem arahan Syafiq Yusof itu memecahkan rekod oleh  filem Mat Kilau (2022) arahan Syamsul Yusof, yang memperoleh RM12.2 juta selepas empat hari di pawagam.

Penerbit eksekutif Polis Evo 3 dan Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong filem tempatan itu.

“Alhamdulilah, ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih untuk semua.

“Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop,”. Katanya.

Sebelum ini filem polis evo berjaya mencatatkan prestasi yang baik di box office pada tayangan pertama tahun dengan mengumpul lebih RM18 juta di box office, manakala Polis Evo 2 (2018) mengutip RM23 juta.

Jumlah kutipan bagi Polis Evo 3 dijangka akan terus memuncak memandangkan minggu cuti sekolah telah bermula.

Siri jelajah di beberapa zon terpilih seperti Pantai Timur dan utara masih diteruskan.

Polis Evo 3 dibintangi oleh Shaheizy SamZizan Razak, Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle. Ditayangkan  di seluruh pawagam Malaysia dan juga Brunai, singapore serta Indonesia.

Artikle Berkaitan :>

Polis Evo 3 penuh aksi dan jenaka

(Visited 832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button