KesihatanNasional

Seorang lagi budak maut akibat strok haba

SEORANG lagi kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Kluang kira-kira puiul 7 pagi semalam dipercayai akibat strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata, anak keduanya Airiel Syahren, 12, disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat “septic shock secondary to meningoencephalitis” di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Menurutnya, pada mulanya Airiel dan adik lelaki berusia sembilan tahun serta ibu mereka mengalami demam biasa dan hanya memakan ubat.

“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk sebelum terdengar seperti ada benda jatuh. Saya kemudian mendapati anak kekejangan.

“Saya terus menghubungi talian kecemasan untuk bantuan ambulans. Pada masa itu keadaan anak meronta-ronta dan adiknya juga begitu tetapi sekejap sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bentong, Kluang.

Syahrol Azmi berkata, anaknya juga sebelum itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, serta muntah, kira-kira 10 malam kelmarin.

Katanya, doktor turut menjelaskan simptom strok haba dialami anaknya menyebabkan buah pinggangnya terjejas serta keradangan otak.

“Anak saya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong. Manakala anak ketiga, Aidil Syahren, 9, pula disahkan stabil dan masih berada di wad,” katanya. – BH – SM

BACA Bekas vokalis Raihan diserang angin ahmar

BACA Ali kena strok, Olan kena serangan jantung, positif Covid-19

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button