Rencana

Sentuhan Doktor Mahathir diperlukan merawat negara masakini

Negara masih memerlukan bimbingan dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengelakkan kejatuhan secara lebih teruk khususnya di bidang ekonomi.

Kejatuhan nilai ringgit kepada dollar di paras paling rendah dalam sejarah matawang negara amat membimbangkan pertumbuhan ekonomi negara.

Apa saja kita bercakap mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad khususnya dengan pelbagai fitnah oleh kalangan tertentu; beliau tetap dihormati oleh dunia luar sebagai tokoh negarawan melayu yang amat berwibawa.

Kepintaran serta kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad masih diperakui oleh dunia luar dan atas dasar inilah beliau sering dijemput untuk memberi pelbagai pandangan di pentas antarabangsa.

Sehingga kini, kerajaan-kerajaan dari negara-negara luar masih aktif menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi pengalaman serta memberi pandangan mengenai isu-isu dunia yang kita sedang hadapi.

Hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah anak melayu dari negara yang sedang membangun tetapi menerima pengikhtirafan seolah-olah beliau adalah seorang tokoh pemimpin dari negara maju.

Sebab itulah ramai yang menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah sebuah institusi secara tersendiri.

Seorang tokoh negarawan yang amat berpengalaman luas menceburi bidang politik dari sebelum UMNO ditubuhkan dan negara belum lagi mencapai kemerdekaan bertahan relevan di pesada politik sehingga kini.

Penglihatan kita hanya dapat melihat jarak sepuluh kaki di hadapan tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad boleh memandang seribu batu jauhnya.

Tambahan pula, jatidiri beliau yang amat kental berpaut pada prinsip bersih, cekap dan amanah membuatkan kareer politiknya tetap relevan dulu, kini serta selamanya.

Bila menjawat apa saja jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad akan memikul tanggungjawab secara terbaik dan teramanah mungkin.

Penerapan nilai-nilai Islam tidak boleh dipisahkan dari beliau bagi menjaminkan syiar Islam terus progresif di negara kita.

Dunia luar memandang tinggi kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga pada suatu masa dahulu negara-negara Islam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Manakala kuasa-kuasa besar dari dunia barat turut tertekan dengan kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang senantiasa menjadi jurucakap ke arah membela negara-negara membangun serta negara-negara Islam di seluruh dunia.

Pada waktu itu tiada siapa boleh membuli tokoh negarawan melayu dari negara sedang membangun ini.

Maruah melayu dan syiar Islam diperkasakan secara teramat baik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat antarabangsa.

Malaysia selaku negara sedang membangun digelar sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ di era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kini reputasi negara dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dua krisis ekonomi dunia pada tahun 1986 dan 1997 ditangani secara efektif oleh tokoh negarawan melayu ini mengikut acuannya yang tersendiri.

Pakar ekonomi dunia dan penyangak matawang George Soros terpaksa tunduk pada Tun Dr Mahathir Mohamad serta mengakui formula mantan Perdana Menteri Malaysia ini amat efektif dalam menangani krisis ekonomi peringkat dunia.

Hari ini maruah kepimpinan dan pemimpin-pemimpin melayu telah hanyut ke longkangp.

Orang-orang melayu dipandang hina di pesada antarabangsa kini.

Setakat ini kelibat pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad belum kelihatan lagi.

Tetapi dalam masa yang sama Allah swt masih meminjamkan Tun Dr Mahathir Mohamad secara bersebab untuk menyelesaikan perjuangan yang belum selesai di bumi Malaysia.

Kita harus memunafaatkan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di saat terakhir yang amat mencabar secara tebaik mungkin bagi berkongsi pengalaman dengan beliau untuk membangunkan semula ‘Malaysia Baharu.’

Tokoh negarawan melayu ini tidak mahu apa lagi dalam penghidupannya kerana budaya hidup beliau amat sederhana.

Ada segelintir daripada politikus ‘otak udang’ tanya apa lagi yang Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pada usia sembilan tujuh tahun ini?

Beiau tidak mahu apa lagi kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat negara kita maju dan cemerlang, maruah melayu dimemertabatkan semula di tempat yang sepatutnya, melayu berjaya di bidang ekonomi, kuasa politik melayu stabil, rasuah mahupun salahguna kuasa dibanteras secara habis-habisan serta keseluruhan rakyat hidup dalam rukun aman damai sejahtera seakhir zaman.

Mantan Perdana Menteri dua kali ini mahu Malaysia kembali semula sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ yang terus dihormati oleh dunia luar.

Diri Tun Dr Mahathir Mohamad itu sendiri adalah sebuah institusi yang kekal relevan dulu, kini dan selamanya dalam arena politik tanpa mempunyai tali hayat khusus untuk beliau mengundurkan diri.

Selagi Tun Dr Mahathir Mohamad sihat waafiat serta masih dianugerahkan minda yang tajam beliau amat layak untuk kembali memimpin negara walaupun buat kali ketiga.

Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang boleh mendapat keyakinan dari dunia luar bagi menyokong ataupun membantu memacu semula ekonomi negara.

Pengalaman politik dan ekonomi Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu luas dibandingkan dengan kita semua.

Tiada siapa di tanahair kita dapat menidakkan fakta ini serta tidak ada sesiapapun yang boleh memadamkan fakta hakikat lagi hakiki kecemerlangan Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin bangsa, negara dan agama.

Tulisan:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan
15 September 2022

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button