AgamaNasionalNegeri

Sentiasa amalkan budaya integriti – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak semua pihak supaya sentiasa mengamalkan budaya integriti bukan sahaja di dalam kehidupan malah juga organisasi.

Titah Baginda, bagi yang beragama Islam pula seharusnya kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Baginda bertitah, dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan sebenarnya telah menjadikan seseorang itu insan yang berintegriti.

“Keimanan dan ketakwaan di dalam diri menjadi benteng dan jati diri yang kukuh daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan integriti,” titah Baginda.

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs bernilai RM1,000 kepada Masjid Agung Medan di Sumatra Utara, Indonesia, semalam.

Baginda diiringi anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menyerahkan sumbangan tersebut kepada Imam Kanan masjid, H. Muhammad Syukur Seregar.

Baginda bertitah, di dunia ini tidak pernah membenarkan penganutnya untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan atau di luar peradaban manusia, bahkan Islam itu jauh lebih lagi mengutamakan, menekankan, menjaga serta melarang umatnya daripada mencemari dan melanggari integriti.

“Justeru itu bagaimana kita ingin menerapkan atau membudayakan nilai integriti ini dalam pekerjaan seharian,” titah Baginda.

Sebagai permulaan titah Baginda berusahalah hadir lebih awal ke tempat kerja di mana boleh menggunakan masa yang ada bersarapan dahulu sebelum memulakan tugas.

Baginda bertitah, juga perlu ada perancangan dalam melakukan tugas yang diamanahkan supaya ia dapat diselesaikan mengikut tempoh masa yang diberi atau dirancangkan.

“Kita juga perlu menjaga kualiti kerja yang dihasilkan bagi menjaga nama baik diri serta agensi, organisasi atau syarikat yang diwakili,” titah Pemangku Raja. – SM

BACA Pemangku Raja Perlis tutup Festival Seni, Budaya dan Bahasa KUIPs

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button