Politik
Sendiri mansuh, sendiri bantah, sendiri salahkan pihak lain dan sendiri nak jadi hero
Setelah Rakyat marah kerana elaun-elaun kritikal tertentu dimansuhkan, menteri-menteri PH dah mulakan kerja cuci tangan dan kerja tuding jari.
Kononnya ini adalah kerja ‘daulah terpendam’ atau “deep state” untuk memburukkan kerajaan PH.
Akhirnya, penjawat awam juga yang disalahkan oleh PH.
Namun, seperti apa yang dijelaskan oleh dokumen JPA, keputusan untuk mansuhkan elaun tersebut adalah keputusan mesyuarat jawatankuasa Kabinet yang dipengerusi dan dipersetujui oleh PM ke-7.
Hentikanlah drama masing-masing, wahai menteri-menteri PH.
Sendiri mansuh, sendiri bantah, sendiri salahkan pihak lain dan sendiri nak jadi hero, hantaran terbaharu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.