JenayahNasional

Semakin Ramai Ketua Polis Nyatakan Pendirian Tak Bagi Muka Kepada Anggota Bermasalah

Nampak macam bagus.. memang bagus tetapi ini adalah satu kenyataan yang sangat menduka citakan hati rakyat Malaysia yang bergantung harap pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mana tidaknya, anggota PDRM telah mengangkat sumpah amanah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan menegakkan undang-undang sedia ada namun ada anggota berlaku curang.

Kesannya, masyarakat hilang kepercayaan gara-gara segelintir anggota PDRM yang rosak ini dan mereka sudah menjadi ‘taiko’ di sesebuah kawasan melindungi kegiatan haram.

Apabila ada orang setempat cuba buka mulut, laporan mereka tidak dilayan dan lebih menakutkan, segelintir anggota PDRM yang rosak ini turut sama melakukan jenayah.

Jika tidak.. masakan semakin hari, semakin ramai ketua polis mengeluarkan kenyataan tidak akan bagi muka kepada anggota yang bermasalah dan pembersihan sedang dilakukan.

Rakyat jadi pening, takut, keliru dan celaru.. bagaimana ‘orang jahat’ boleh ada dalam organisasi ‘institusi yang baik’? Mohon ketua polis yang amanah dan jujur bersihkan anasir celaka ini!

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button