Selepas Scha Elinnea, Chacha Maembong pula dikaitkan dengan isu jual diri
SELEPAS pelakon, Scha Elinnea dikaitkan dengan kegiatan menjual diri, seorang lagi pelakon wanita juga dituduh melakukan perkarasa sama.
Chacha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu sengaja mahu menjejaskan kerjaya dan perniagaannya.
“Kalau betul saya dapat wang yang lumayan satu malam, buat apa nak berlakon lagi?
“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga.
“Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Dalam pada itu, Chacha turut memberitahu yang dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya terlibat dengan aktiviti Macau Scam.
Jelasnya, beberapa hari lalu dia sudah pun menjelaskan yang penrniagaannya tidak melihatkan sebarang aktiviti jenayah .
“Saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan yang dilemparkan kepada saya sangat melampau.
“Apa yang berlaku menjejaskan kerjaya dan perniagaan yang sedang saya jalankan,” katanya.
Tambah pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu, dia berani mengambil tindakan undang-undang kerana tahu yang dirinya tidak bersalah dalam isu tersebut. -SM