Selepas sahkan Jho Low ubah wajah seperti beruang, KPN harap Jho Low dijangkiti wabak Covid-19
JIKA sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Low Taek Jho atau Jho Low telah melakukan pembedahan mengubah wajah seperti beruang dan berjalan seperti seladang, kini beliau mengesahkan ahli perniagaan itu berada di Wuhan, China.
“Sebelum ini, dia disahkan bersembunyi di Wuhan, ikut risikan antarabangsa, tetapi tidak ada maklumat terbaharu sama ada dia melarikan diri dari situ ekoran penularan Covid-19.
“Kalau dia datang ke Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia akan berikan rawatan terbaik untuk dia kerana kita terbukti terbaik apabila berjaya menyembuhkan sembilan orang yang positif Covid-19 setakat ini,” katanya.
Katanya, notis merah untuk mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu sudah dikeluarkan Interpol.
Abdul Hamid berkata, bagaimanapun notis merah itu tidak boleh didedahkan kepada umum sebaliknya ia hanya terhad untuk edaran dalam kalangan agensi penguat kuasa sahaja.