fbpx


BeritaPolitik

Netizen mahu Jho Low dibawa pulang walaupun berwajah beruang

SUARA MERDEKA: Netizen atau warga maya mendesak polis tetap membawa pulang lelaki yang terbabit dengan skandal 1MDB walaupun dia kini dikatakan telah menukar wajah seperti beruang setelah melalui pembedahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dipetik Berita Harian sebagai berkata, pihak berkuasa negara di mana lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada polis Malaysia.

“Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.

“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya.

Menurut laporan eksklusif Politis, sebuah akhbar tempatan di Cyprus, Jho Low mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners bagi tujuan itu, dipercayai untuk mengelak pergerakannya dikesan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.


Ia firma sama digunakan Jho Low bagi mendapatkan pasport dari sebuah lagi negara kepulauan, Saints Kitts and Nevis sebelum ini, namun pasport berkenaan dibatalkan susulan siasatan dijalankan terhadap jutawan muda itu.

“Jho Low mendapatkan pasport Cyprus melalui pelan pelaburan negara itu yang memerlukan pihak berminat mendepositkan sejumlah 5,000,000 Euro ke dalam bank di Cyprus untuk tempoh tiga tahun, selain membeli kediaman kekal bernilai paling minimum 500,000 Euro.

“Berikutan itu, Jho Low membeli sebuah rumah agam bernilai 5,000,000 Euro pada 23 September 2015 untuk memenuhi syarat itu. Dia tiba di Cyprus pada 18 September 2015 bagi tujuan mendapatkan pasport berkenaan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button