Selepas Ebit Lew, Caprice pula tiba di Mesir bagi misi bantuan Palestin
SELEBRITI, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan dia sudah tiba di Mesir bagi misi bantuan kemanusiaan di Gaza, Palestin.
Menurut Caprice, setibanya di sana dia terus bergegas ke Hospital Palestin untuk melawat seoang ibu dan anak yang sedang dirawat.
“Hampir 18 jam tak tidur, sampai di Mesir saya terus melawat seorang ibu dan anak yang dirawat menggunakan mesin sokongan oksigen dan memerlukan ventilair baru.
“Terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Cairo dan Humanitarion Mission 4 Palestine untuk sokongan,” katanya.
Selain Caprice, pendakwah bebas, Ebit Lew juga antara individu yang sedang berada di sana untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Terdahulu, Caprice juga mendapat kecaman netizen kerana diberi kebenaran untuk ke Gaza bagi misi bantuan tersebut.
Netizen berpendapat bahawa selebriti itu tidak sepatutnya diberikan pelepasan ke luar negara hanya atas kapasitinya sebagai seseorang yang dikenali dan ingin membantu. -SM