Nasional

Realiti Yang Annuar Musa Kena Beritahu Rakyat, Rakyat Malaysia Jauh Lebih Ramai Dijangkiti Covid19

Oleh: Faizal Mohd Salleh

JASIN, 25 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Salleh menyambut baik kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa dalam status sosial medianya serta dalam satu program bual bicara dalam talian bersama sebuah portal baru-baru ini yang menyatakan bahawa Malaysia berada jauh lebih baik kedudukan berbanding negara-negara maju untuk kes kadar kematian berbanding kadar positif.

Namun, beliau melihat data tersebut bukanlah kayu pengukur sebenar kadar jangkitan di negara kita, kerana pengukur sebenar kadar jangkitan di negara kita ini adalah mengikut kadar harian kes covid per 1 juta penduduk.

“Jika mengikut kadar harian kes Covid19 per 1 juta penduduk, antara ke enam-enam negara yang Tan Sri nyatakan itu, Malaysia mendapat tempat yang pertama, maksudnya jika dibandingkan kadar jangkitan diantara 6 negara itu (Itali, United Kingdom, Russia, Perancis, Amerika Syarikat dan Malaysia), rakyat Malaysia paling ramai mendapat jangkitan berbanding lain.

Inilah realiti yang perlu Tan Sri beritahu rakyat, bukannya kadar kematian mengikut kadar jangkitan yang tidak mengikut saiz sesuatu negara.

Realiti dan hakikat sebenar adalah, kadar jangkitan kita sangat tinggi berbanding 6 negara yang dinyatakan Tan Sri Annuar, ini adalah fakta. Saya sertakan juga untuk rujukan semua : ourworldindata.org/covid-case ,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, kes Covid 19 di kebanyakkan negara yang Annuar Musa sebutkan itu adalah paling tinggi berlaku ketika vaksin masih lagi dalam kajian dan tidak digunakan kepada umum.

“Alhamdulilah sehingga hari ini, ada di antara negara yang Tan Sri sebutkan itu dah isytihar bebas dari Covid19, berbanding di negara kita kes Covid19 tetap meningkat walaupun vaksin dah dijumpai dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah dilaksanakan bermula Mac lalu,” tambahnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri Melaka.

Terdahulu, menjawab lanjut soalan moderator forum HarakahDaily, Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh meminta orang ramai membandingkan keadaan di Malaysia dengan negara lain, khususnya negara yang lebih maju teknologi dan sains perubatannya.

Memetik beberapa contoh, dia berkata Amerika Syarikat setakat ini telah mencatatkan hampir 35 juta kes positif termasuk 615,232 kematian, manakala United Kingdom mencatat lebih 4.5 juta kes dengan 127,000 kematian.

Ini, menurut Annuar, merupakan satu lagi petunjuk prestasi Malaysia yang baik berbanding negara-negara lain.

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button