Nasional

Selepas 8 hari pencarian wanita mangsa jerlus akhirnya terpaksa dihentikan di Masjid India

Apakan daya pasukan keselamatan sudah sedaya upaya mencari

OPERASI pencarian  wanita jerlus di jalan Masjid India dihentikan selepas 8 hari dilakukan kerana terlalu berisiko buat anggota penyelamat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menghentikan kaedah penyelaman dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India awal pagi tadi, kerana terlalu berisiko.

 

Ketua Pengarah, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata keputusan itu dibuat kerana terdapat halangan yang keras, ruang sempit dan keadaan arus air di saluran kumbahan itu selepas menghantar pasukan penyelam awal pagi tadi.

“Selepas kita berbincang secara taktikal dan berdasarkan maklum balas daripada dua penyelam yang masuk dalam (saluran), saya dapat rumuskan ia terlampau berisiko untuk kita cuba meneruskan usaha secara penyelaman dan juga secara fizikal untuk mengesan mangsa,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM, hari ini. Sumber :- Berita Harian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button