Nasional

Selebriti China mohon maaf promosi sup daging kelawar

SELEBRITI dari China, Wang Mengyun pasti menyesal kerana pernah membuat posting mempromosikan sup kelawar yang dikatakan sebagai salah satu daripada 112 makanan eksotik, tiga tahun lalu.

Hari ini, selebriti itu berkata, dia tidak mengetahui bahawa kelawar boleh membawa pembawa virus 2019-nCoV atau coronavirus yang membawa maut kepada mereka yang memakannya.

Agensi berita South China Morning Post melaporkan, Wang Mengyun, hos sebuah rancangan berkaitan dengan percutian antarabangsa, menulis di laman microblog peribadinya yang mana, dia tidak mengetahui kelawar boleh menjadi pembawa virus itu.

Dengan jumlah angka kematian akibat coronavirus semakin meningkat sehingga 80 peratus, wajarlah Wang Mengyun tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik video mempromosi daging kelawar, tiga tahun lalu.

“Saya langsung tidak tahu ketika membuat penggambaran itu pada tahun 2017 wujud virus itu (coronavirus).

“Saya hanya mengetahui mengenainya baru-baru ini,” catat Wang Mengyun.

Video itu, menurut Wang Mengyun, dirakamkan di Palau iaitu sebuah kepulauan yang terletak di barat Lautan Pasifik ketika dia dan kru membuat penggambaran bagi mempromosikan program percutian antarabangsa dan pelancongan.

Menurutnya lagi, sewaktu penggambaran, dia telah mencuba beberapa jenis masakan tempatan termasuk sup kelawar.

Di dalam video yang sama, dia dan seorang lagi wanita China, mengangkat mangkut yang mengandungi sup daging kelawar dan memandang ke arah kamera sambil tersenyum dan berkata, “Daging kelawar ini sangat segar dan rasanya seperti daging ayam.”

Walaupun video yang dimuat naik itu telah diturunkan namun ia dimuat naik semula oleh ribuan rakyat Tanah Besar China selepas kes coronavirus seakan-akan pneumonia, mula direkodkan di bandar Wuhan pada hujung tahun lepas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button