Selain Tepung, Ini Antara Barang Makanan Lain Yang Dibuang Oleh Rakyat Yang Sangat ‘Kaya’!
Kisah rakyat Malaysia yang jatuh terduduk sehingga habis wang simpanan angkara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19 yang melanda bukanlah satu cerita rekaan.
Ia benar-benar berlaku sehingga ada beberapa individu yang tiada iman memilih cara gantung diri untuk menamatkan riwayat hidup kerana tidak mampu berdepan dengan pelbagai tekanan.
Melihat betapa seriusnya permasalahan tersebut, ada rakyat yang prihatin tampil mengemukakan idea ‘kibarkan bendera putih’ jika memerlukan bantuan sekali gus mengurangkan masalah yang dialami.
Kempen tersebut dilihat sangat berjaya sehingga wujudnya sistem seperti kitajaga.co dan sebagainya namun sejauh mana orang yang pertama kali susah ini benar-benar bersyukur?
Baru-baru ini tular beberapa keping gambar dengan pelbagai kapsyen. Kapsyen yang ditulis oleh blogger, portal mahu pun Facebook Page yang mahu mendapatkan enggagement.
Gambar tersebut adalah mengenai barang makanan seperti tepung, gula, biskut serta beberapa lagi dibuang berdekatan tong sampah dan kejadian berlaku di Malaysia berdasarkan bukti persekitaran.
Hasil kajian ke atas gambar tersebut, terdapat lima elemen penting yang dibangkitkan untuk mencari jawapan mengapa penerima melakukan tindakan tersebut :
Situasi : Barang makanan tidak dibuang ke dalam tong sampah, sebaliknya dibuang di bahagian luar tong sampah dan berikut adalah kemungkinannya :
[sociallocker]
a) Adakah kerana tong sampah penuh pada hari penerima ingin membuang barangan tersebut
b) Barangan tersebut sememangnya ingin diberi kepada tikus, kucing atau anjing
C) Barangan tersebut sudah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi
d) Penerima tidak menerima barangan yang murah sebaliknya tetap perlu bergaya dengan barangan mahal
e) Barangan tercicir semasa penerima mengambilnya dan tidak berniat untuk mencarinya semula
Anda rasa yang manakah tepat mengenai gambar yang tular baru-baru ini? Sila berikan pendapat anda pada bahagian komen!