Tidak ramai mengetahui bahawa individu yang lahir dalam bulan September memiliki karakter yang unik dan keinginan tersendiri yang mungkin sukar difahami.
Kebanyakan daripada mereka ini nampak seperti mungkin agak sukar untuk menonjol di khalayak umum namun apabila bersendirian, macam-macam akan dilakukannya!
Berdasarkan satu kajian umum pada lewat 90-an, terdapat 10 karakter utama telah disenaraikan melambangkan sifat individu yang lahir pada bulan September :
1. Sangat Sopan
Orang yang lahir pada bulan September sangat pandai memujuk orang dan amat sukar untuk berkata tidak. Andai kata dipaksa masuk ke parti politik lawan pun, banyak yang tak kisah untuk isi borang baharu sekali gus sifat ini membuatkan ramai orang cukup senang.
2. Mengutamakan Kebenaran
Walaupun boleh menerima sesuatu hal yang berlaku dengan mudah serta tenang, jangan tidak tahu mereka yang lahir dalam bulan September amat mengutamakan kebenaran. Sebab itulah apabila mereka bertindak mencari kebenaran, hasil yang dipamerkan sangat menakjubkan.
3. Cemas dan Sangat Khuatir
Orang yang lahir di bulan September suka berfikir secara berlebih-lebihan. Sehubungan itu tidak pelik kenapa dalam sesuatu masa, mereka boleh jadi tersangatlah cemas atau khuatir. Misalnya, bateri telefon suami habis namun mereka yang bergelar isteri fikir suami tengah curang. Apo?
4. Pecinta Makanan Dan Masakan
Orang yang lahir dalam bulan September merupakan seseorang yang berselera besar pada waktu makan. Ada kalanya, mereka sangat gemar menggelarkan diri mereka sebagai pencinta makanan dan masakan kerana makanan boleh membuatkan mereka bahagia.
5. Mudah Bosan
Mereka suka sesuatu yang sangat menyeronokkan serta menghairahkan. Jika sesuatu yang mereka harapkan tidak mencapai tahap yang diperlukan, mereka akan jadi cepat bosan. Kalau dalam bercinta, mereka adalah golongan yang suka block dan tinggalkan pasangan.
6. Amat Menyukai Buku
Orang yang lahir dalam bulan September adalah pembaca sejati dan sesuai untuk didefinisikan sebagai kutu buku. Baik dari segi genre, judul dan sebagainya, koleksi mereka pasti sangat mengkagumkan. Elakkan buku yang lama dibeli pun belum habis dibacanya.
7. Pekerja Sejati
Mereka dikenal sebagai seseorang yang akan meletakkan jiwa mereka dalam sesuatu pekerjaan mereka sepenuh hati walaupun bos atau majikan tak pandang pun sebab bukan kaki kipas atau kaki bodek. Mereka cuma mahu dan selesa untuk memenuhi semua tanggungjawab mereka.
8. Lakukan Dengan Cara Tersendiri
Tak gemar untuk buat sesuatu perkara mengikut arahan orang lain. Ini antara fakta mengapa orang yang lahir pada bulan September lebih suka melakukan tugasan dengan cara yang tersendiri kerana bagi mereka perlu ada kebebasan untuk berfikir dan bertindak.
9. Pintar
Dicatatkan, orang-orang yang lahir pada bulan September memiliki IQ dan EQ yang sangat menakjubkan. Pintar, cerdas dan bijak sering menjadi kata-kata pujian yang ditujukan kepada mereka kerana banyak permasalahan berjaya diselesaikan mereka.
10. Pemilih
Mereka takkan mudah menerima sesuatu walaupun sentiasa sopan untuk tidak menyakiti orang lain. Yang lahir pada bulan September akan memeriksa sesuatu barangan, servis atau hal yang diterima dengan sangat teliti. Ia untuk memastikan mereka akan benar-benar menyukainya.