Alam SekitarHaiwanNegeriRencah Hidup

Sekumpulan 5 gajah liar masuk Kampung Aring 5, Gua Musang

Penduduk Orang Asli bimbang ancaman 5 sekawan gajah liar

LEBIH 300 penduduk Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang, Kelantan bimbang dengan keselamatan mereka apabila sekumpulan lima ekor gajah liar memasuki perkampungan itu selain memusnahkan tanaman mereka sejak sebulan lalu.

Seorang penduduk, Zul Hek, 43, berkata, kumpulan haiwan tersebut memasuki perkampungan mereka sebanyak tiga kali dalam tempoh berkenaan.

“Kumpulan gajah liar ini sentiasa berkeliaran di kawasan berdekatan kediaman penduduk antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi menyebabkan ada antara kami yang terpaksa berjaga malam kerana bimbang rumah turut dimusnahkan haiwan ini.

“Setakat ini belum ada kejadian tidak diingini terhadap penduduk cuma tanaman kami seperti pokok pisang dan getah musnah dipijak dan dimakan gajah terbabit,” katanya.

Seorang lagi penduduk Rahmat Yahya, 32, meminta pihak berkuasa mempercepatkan tindakan menangani ancaman gajah terbabit.

“Pokok getah itu adalah projek ladang yang dibuka Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk menyediakan punca pendapatan kepada kaum Orang Asli.

“Tapi apabila kami ke kebun tersebut pagi tadi, kami terkejut melihat sebahagian pokok getah terbabit tumbang dan musnah dipijak haiwan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia percaya kumpulan haiwan berkenaan berlindung di kawasan hutan berhampiran dan keluar pada malam hari untuk mencari makanan. – SM

(Visited 667 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button