NasionalUncategorized

Sekatan import terhadap lembu, kerbau Australia ditarik balik

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia yang berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan penggantungan sementara pada 4 Ogos 2023 itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia mengenai penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) pada lembu yang diimport dari Australia itubenar, memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari negara tersebut.

Keputusan menarik balik sekatan import ini adalah hasil daripada perkongsian laporan  penuh siasatan oleh Department of Agriculture, Fisheries and Forestry (DAFF), Australia selepas dua sesi perbincangan teknikal bersama DVS. Hubungan baik antara DVS dan DAFF telah membolehkan perkongsian maklumat dijalankan secara telus dan terperinci.

DVS ingin memaklumkan kepada para pengimport ternakan lembu dan kerbau dari Australia untuk mengemukakan surat permohonan import dari DVS sebelum membuat permohonan permit. DVS juga ingin menegaskan bahawa semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap konsainan yang diimport menjalani proses pemantauan yang rapi.

DVS berharap dengan keputusan menarik semula sekatan import ini memberi kelegaan kepada industri, dan seluruh rakyat Malaysia. Di samping itu, DVS turut menghargai keterbukaan DAFF dalam membantu proses penyelesaian isu ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button