Luar Negara

Covid-19 varian Delta boleh dijangkiti walaupun hanya ketika berselisih

SATU amaran telah dikeluarkan di Australia berkaitan dengan penyebaran Covid-19 varian Delta yang dikatakakan boleh dijangkiti melalui udara.

Perkara itu dikatakan berlaku selepas beberapa individu dijangkiti Covid-19 hanya kerana mereka berselisih ketika berada di pusat beli-belah di New South Wales.

Ketua New South Wales, Gladys Berijiklian berkata, penyebaran virus itu disedari hasil rakaman kamera litar tertutup ketika mereka membeli belah di Westfield Bondu Junction, Sydney, Australia.

“Mereka tidak bersentuhan pun dan cuma berada di ruang udara yang sama sebelum dijangkiti Covid-19,” katanya seperti dilaporkan ABC News.

Sementara itu, Ahli Virologi Universiti Griffith Lara Herrero juga berkata terdapat dua kes jangkitan Covid-19 yang disebarkan dengan cara sama.

Menurutnya, rakaman CCTV memaparkan terdapat penularan berlaku kerana mereka menghirup udara yang sama sebelum jangkitan berlaku di Sydney, Australia.

Ketua Pegawai Kesihatan Queensland, Dr Jeannette Young juga yakin yang varian Delta ini lebih cepat tersebar berbanding sebelum ini.

“Sebelum ini saya memberitahu yang seseorang itu akan dijangkiti jika mempunyai kontak rapat selama 15 minit.

“Tetapi sekarang, hanya lima ke 10 saat sahaja sudah boleh dijangkiti. Risikonya kini jauh lebih berbahaya berbanding tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, kesemua yang berada di pusat beli-belah Sydney pada 12 dan 13 Jun diminta untuk menjalani ujian saringan dan meminimumkan pergerakan mereka.

Malah, Dr Young pada Rabu lalu juga mengumumkan yang Queensland akan menutup sempadannya bagi mengelak jangkitan merebak ke kawasan lain.

Untuk rekod, varian Delta dikesan buat pertama kali di India pada Oktober tahun lalu dan dikesan sudah merebak hingga ke 85 buah negara. -SM

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button