fbpx
Nasional

Sejak bila SPRM bertanggungjawab sahkan cuti sakit, tanya Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk untuk mengesahkan cuti sakit dengan penyakit.

Soalah tersebut dilontarkan Najib, berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya bahawa suruhanjaya itu telah meneliti sijil cuti sakit (MC) Rosmah Mansor dan mendapati tiada masalah dengannya.

“Hari ini, SPRM kata tiada masalah dengan MC isteri saya. SPRM cuma mengesahkan MC itu tulin atau tidak. Sebenarnya penyiasatan itu lebih kepada pengesahan kata ketua SPRM.

“Nak tanya. Sejak bila SPRM ada tanggungjawab atau kepakaran untuk mengesahkan cuti sakit dengan penyakit?,” kata Najib.

Najib mendakwa selepas SRPM melakukan siasatan terhadap doktor yang memberikan MC kepada Rosmah, beliau dan isterinya kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pakar perubatan.


“Minggu lalu, seorang doktor pakar yang terkenal memberi cuti sakit kepada isteri saya. Hari kemudiannya, dia dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat selama 3 jam.

“Lepas itu, ramai doktor dan pakar lain khuatir untuk memberi perkhidmatan kepada kita kerana bimbang akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat berjam-jam,’ kata Najib.

Isnin lalu, peguam Jagjit Singh membawa MC itu ke mahkamah, yang menyatakan bahawa Rosmah tidak dapat hadir kerana spondilosis servikal, osteoartritis lutut dan kekurangan adrenal kronik.

Pendakwa Raya Gopal Sri Ram kemudiannya telah menolak MC tersebut, dengan menyatakan ia ditandatangani oleh doktor swasta bukan doktor kerajaan, seperti yang diperlukan.

Jagjit kemudian mengkritik pemeriksaan SPRM terhadap MC itu sebagai “gangguan” terhadap doktor swasta terlibat.

Latheefa hari ini menjelaskan SPRM telah diminta untuk mengesahkan MC berkenaan yang dikeluarkan ekoran Rosmah gagal menghadiri hari pertama perbicaraan rasuahnya minggu lepas.

“Sebenarnya penyiasatan itu lebih kepada pengesahan […]

“Apa yang berlaku ialah masalah ini dibangkitkan di mahkamah berkaitan dengan MC yang dikeluarkan dan terdapat isu-isu mengenai penerangan tentang penyakit yang dialami (Rosmah) dan saya rasa konteks itu (peguam) bercakap tentang pencarian semula di Google dan semua itu.

“[…] dan ia merupakan permintaan dari peguam susulan pengeluaran MC tersebut pada saat-saat akhir,” katanya.

“Saya rasa tiada masalah, kerana selepas itu pastinya, Rosmah hadir keesokkan harinya dan perbicaraan itu bermula. Jadi tiada isu,” kata Latheefa pada pelancaran APEC 2020 bertajuk Gender Mainstreaming and Women Empowerment to Fight Corruption symposium di Putrajaya hari ini._SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button