Ekonomi

Sedania Innovator Bhd terus pacu pendapatan, harung situasi ekonomi

PENGHUJUNG tahun 2019, kita semua dilanda wabak Covid-19 dan pada ketika itu, beberapa syarikat termasuk Top Glove yang mampu menjana pendapatan.

Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar dan terdapat projek di bawah syarikat Sedania Innovator Bhd yang terpaksa ditunda, kata Pengasas yang juga Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd. Noor.

Beliau berkata, keputusan menunda projek-projek syarikat terpaksa diambil kerana ia melibatkan kos operasi dan sebagainya.

“Ia adalah suatu keputusan yang sukar untuk dilakukan. Akan tetapi, kita bernasib baik kerana salah satu keputusan yang diambil berkaitan dengan teknologi kesihatan, membantu pihak kami. Ini termasuklah memperkasakan e-sports,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai tetamu jemputan dalam Live Bersama Cikgu Saham di Suara Merdeka, baru-baru ini.

Related Articles

Azrin berkata, dalam keadaan kehidupan hari ini, orang ramai beralih kepada pembelian dalam talian.

“Maka itulah, kalau kita lihat, data pengguna Espl e-sport meningkat. Orang bermain permainan atau game di rumah kerana tidak boleh keluar. Perlu duduk di rumah,” katanya sambil menambah, jika pendapatan syarikat menjelang akhir tahun ini bertambah baik, prospek tahun depan akan berkembang dengan lebih baik lagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button