Nasionalpilihan

Jadi Menteri Kesihatan adalah amanah yang sangat berat – KJ

PENGUMUMAN barisan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikanhampir semua menteri dan timbalan menteri di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dikekalkan dan ada yang dipindahkan ke kementerian lain.

Antara yang dipindahkan ialah Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan daripada jawatannya sebelum ini iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Jawatannya sebelum ini akan dijawat oleh Menteri Kesihatan sebelum ini iaitu Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Semestinya jawatan sebagai Menteri Kesihatan akan terus menjadi tumpuan apatah lagi ketika negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan Khairy sendiri mengakui amanah yang diberikan adalah sangat berat.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberi.

“Insya’Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, ruangan komen di akaun Facebook Khairy juga mendapat respon yang positif daripada netizen.

Kebanyakan mereka bersetuju dengan pemilihan Khairy untuk mengemudi Kementerian Kesihatan dan percaya dengan kemampuan yang dimiliki Ahli Parlimen Rembau itu.

Selain itu, netizen juga berharap supaya Khairy dapat meneruskan misi untuk terus melandaikan angka jangkitan Covid-19 di dalam negara dengan cara yang terbaik buat rakyat. -SM

(Visited 596 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button