Nasional

Sebanyak 81 individu selamat dibawa pulang dari Itali

Sebanyak 81 individu selamat dibawa pulang pulang dari Itali menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan penularan wabak COVID-19.

Mereka termasuk 76 rakyat Malaysia dan lima individu bukan warganegara.

Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Pesawat khas AirAsia misi HADR yang digerakkan kerajaan Malaysia itu tiba di KLIA pada 10.06 pagi, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Turut serta dalam penerbangan ialah lima kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar (seorang), kru AirAsia (20 orang) dan seorang pegawai NADMA.

Bernama melaporkan kesemua 81 penumpang rakyat Malaysia serta tanggungan dan bukan warganegara itu menjalani proses saringan di Unit Kecemasan Udara (ADU), KLIA sebelum dihantar ke Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Nilai, dekat sini untuk proses kuarantin selama 14 hari.

Tindakan operasi nyahcemar dilaksanakan dengan gabungan 263 anggota daripada pelbagai agensi antaranya  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKM, NADMA, AirAsia Enginering, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), Polis Diraja Malaysia, dan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) KLIA.

Itali kini telah menjadi pusat penularan wabak Covid-19 di Eropah dengan mencatatkan jumlah kematian teringgi mengatasi China.

BERITA BERKAITAN:

Angka kematian akibat serangan wabak COVID-19 di Itali meningkat daripada 683 kepada 7,503 orang, kata Agensi Perlindungan Awam pada Rabu, 25 Mac – penurunan jumlah kematian setiap hari selepas kenaikan hari sebelumnya.

Pada Selasa (24 Mac), lapor Reuters angka kematian di Rom ia 743 orang. Ia menyusul 602 kematian pada Isnin (23 Mac), 650 (Ahad, 22 Mac) dan rekod 793 pada Sabtu (21 Mac) – angka harian tertinggi sejak penularan itu muncul 21 Februari lalu.

Jumlah kes yang disahkan di Itali meningkat kepada 74,386 daripada 69,176 sebelumnya, menurut Agensi Perlindungan Awam.

Ketua agensi, Angelo Borrelli, tidak hadir dalam sidang media untuk melaporkan perkara itu beliau sendiri demam pada Rabu dan sedang menjalani pemeriksaan coronavirus.

Daripada mereka yang mula-mula dijangkiti di seluruh Itali, 9,362 orang pulih sepenuhnya pada Rabu berbanding 8,326 sehari sebelumnya. Terdapat 3,489 orang dalam rawatan intensif daripada 3,396 sebelumnya.

Kawasan utara Lombardy yang paling getir dilanda wabak itu melaporkan penurunan jumlah kematian berbanding hari sebelumnya, tetapi kekal kritikal, dengan 4,474 kematian dan 32,346 kes.

 

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button