Ekonomi

SCIB umum peletakan jawatan Datu Soedirman Aini

KUCHING 9 Nov. – Pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Datu Soedirman Aini sebagai pengarah syarikat.

Datu Soedirman ialah pengarah bebas bukan eksekutif SCIB.

Pengerusi SCIB, Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim berkata, Lembaga Pengarah mengucapkan selamat maju jaya kepada Datu Soedirman dalam usaha beliau pada masa hadapan.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada beliau atas bimbingan dan perkhidmatan beliau kepada Syarikat.” katanya di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata, SCIB sedang berubah dengan memanfaatkan kekuatan syarikat sebagai pengeluar konkrit pratuang dan Sistem Binaan Berindustri terkemuka di Malaysia Timur serta pakar kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk berkembang ke Semenanjung Malaysia dan mencari peluang di Kalimantan, Indonesia.

Ujarnya, SCIB memberi tumpuan kepada projek EPCC kecil hingga sederhana yang berkaitan dengan pembinaan, pembesaran, penyelenggaraan atau naik taraf penjagaan kesihatan, logistik, kemudahan pendidikan dan utiliti dan, infrastruktur luar bandar seperti jalan raya.

“Kami juga mendesak penggunaan teknologi dalam pembinaan dengan pelancaran rumah sampel yang dibina menggunakan sistem percetakan 3D baru-baru ini dan penggunaan automasi dalam perniagaan pembuatan kami sebagai sebahagian daripada fasa pertumbuhan seterusnya dalam industri pembinaan.” tambahnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button