Ekonomi

SCIB catat RM66j pada separuh pertama

KUCHING 27 Feb. – Pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan hasil Kumpulan meningkat sebanyak 2.6 peratus kepada RM66.3 juta untuk enam bulan berakhir 31 Disember 2022 berbanding RM64.6 juta yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun SCIB mencatat kerugian sebelum cukai yang lebih kecil (LBT) sebanyak RM3.7 juta pada tempoh tersebu berbanding LBT sebanyak RM4 juta pada tempoh sama sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman berkata, cabang pembuatan utama mereka pengeluar konkrit pratuang dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) terkemuka di Sarawak dan Sabah, terus menjadi tunjang utama dari segi sumbangan hasil. Pembuatan menyaksikan peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM2.0 juta pada 1H TK2023 berbanding RM0.3 juta pada 1H TK2022 manakala PBT pembuatan bagi suku semasa dalam tinjauan meningkat dua kali ganda kepada RM1.0 juta berbanding RM0.5 juta pada suku yang sama tahun lalu.” katanya di sini hari ini

SCIB dalam pengumuman itu berkata, bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2022 (Q2 TK2023), hasil menurun 5.6 peratus kepada RM36.0 juta berbanding RM38.1 juta pada Q2 TK2022, manakala LBT meningkat kepada RM2.8 juta berbanding RM1.3 juta dilaporkan pada S2 tahun kewangan sebelumnya.

Sumbangan hasil daripada perniagaan pembuatan meningkat 6.9 peratus kepada RM45.7 juta pada 1H TK2023 berbanding RM42.8 juta pada 1H TK2022, manakala sumbangan hasil daripada perniagaan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) menurun sedikit kepada RM20 .2 juta berbanding RM21.4 juta. Untuk S2 TK2023, sumbangan perniagaan pembuatan kepada hasil menurun kepada RM21.6 juta berbanding RM23.7 juta pada S2 TK2022, manakala sumbangan hasil perniagaan EPCC kekal stabil pada RM14 juta.

Related Articles

“Ekonomi Malaysia memulakan tahun 2023 dengan momentum yang baik, memandangkan prospek ekonomi beransur-ansur bertambah baik berikutan pertumbuhan kukuh pada 2022. Sektor pembinaan berkembang 8.8% untuk keseluruhan 2022 disokong oleh semua subsektor, dengan subsektor kejuruteraan awam bertukar kepada pertumbuhan positif sebanyak 2.7 peratus. Berdasarkan perkembangan terkini ini, kami berhati-hati optimis dan akan terus memanfaatkan kekuatan kami sebagai pengeluar pratuang dan IBS terkemuka di Sarawak dan Sabah dilengkapi dengan rekod prestasi kami dalam projek EPCC untuk membida pekerjaan.”

Sehingga Januari 2023, Syarikat mempunyai buku pesanan sebanyak RM387.96 juta dengan keterlihatan pendapatan sehingga 2026.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button