Hiburan

Scha Alyahya dan Awal Ashaari timang cahaya mata kedua

Pasangan pelakon, Scha Alyahya dan Awal Ashaari selamat menimang cahaya mata kedua kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Scha memberitahu, bayi perempuan sebeat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H,” katanya.

Menurutnya, ketika ini dia dan bayi yang baru dilahirkan itu berada dalam keadaan yang baik.


Bagaimanapun, Scha memberitahu yang dia tidak dapat menerima pelawat berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” jelasnya.

(Visited 107 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button