Politik

Saya wakil akar umbi UMNO ya YB Anthony-Isham Jalil

BE a gentlemen. Apa yang keluar dari mulut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil, kenalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke hadam dan terima sebab kata Isham, kenyataan beliau ialah kenyataan daripada akar umbi, bukan peribadi.

Isham dalam catatannya memaklumkan, pagi tadi Setiausaha Agong DAP Anthony Loke berkata, pandangan saya untuk tidak pergi pilihanraya dengan DAP itu pandangan peribadi saya seorang sahaja dan dia kata lagi bahawa saya tidak mewakili UMNO.

“YB Anthony, saya wakil akar umbi UMNO. Akar umbi UMNO mahu UMNO kembali ke perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu, bukan ikut telunjuk DAP untuk perjuangkan Malaysian Malaysia dan hapus hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi UMNO mahu, YB boleh minta kepada kawan-kawan pro-DAP YB dalam UMNO untuk buat referendum dan tanya 3 juta akar umbi UMNO sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak,” kata Isham.

Isham juga berkata, ini adalah isu asas perjuangan iaitu sama ada mempertahankan hak orang Melayu atau menyambut Malaysian Malaysia DAP. Dalam isu ini tidak boleh dukung keduanya sebab ia amat bertentangan.

“Bila ada perubahan kepada asas perjuangan perlu ada referendum supaya asas tidak menyimpang. Dan dengan ini barulah kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti. Terima kasih,” katanya. – SM

BACA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button