NasionalPolitik

“Saya Tidak Sempat Tukar Alamat.. Selepas Ini Saya Tukar” – Ayob Khan

JOHOR BAHRU: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor, hari ini.

Bekas Ketua Polis Johor itu tiba di Dewan Dato Onn IPK Johor, kira-kira jam 9.30 pagi sebelum keluar dari dewan lima minit kemudian.

Hadir mengiringi Pengarah JSJN itu ialah Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.

Sementara itu, Ayob Khan yang ditemui berkata, perjalanan proses mengundi awal berjalan lancar, teratur dan tersusun tanpa sebarang masalah.

“Saya tidak sempat tukar alamat kerana memerlukan tempoh tiga bulan untuk menukar alamat tempat mengundi.

“Selepas ini saya akan tukar alamat,” katanya.

Sebelum itu, seawal jam 8 pagi, pegawai dan anggota polis berbaris di luar Dewan Dato Onn meskipun hujan renyai.

IPK Johor adalah pusat mengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dengan dua saluran.
Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10, 955 pula pegawai dan anggota tentera serta pasangan.

Kredit: Astro Awani

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button