‘’Saya tidak pernah ada niat untuk menyelewengkan rakyat Malaysia’’- Ustaz Don
BARU-baru ini isu berkaitan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal telah menjadi pertayaan oleh ramai orang dalam satu temu bual di sebuah radio pada 1 Jun lalu berkaitan hadis tidak sahih.
Jelasnya, dia tidak berniat untuk menyeleweng mana-mana pihak termaksuk rakyat Malaysia yang bergama Islam.
Perkara itu terpulang kepada mana-mana pihak untuk memiliki pandagan sedemikian dia tidak boleh meminta sesiapa saja untuk mengikut pegangan seseorang.
“Saya tidak pernah ada niat untuk menyelewengkan rakyat Malaysia. Ada sesetengah orang kata hadis tak sahih, terpulanglah. Bacaan dan buku dia kata tak sahih. Buku-buku dan ulama kita kata sahih.
“Tiada masalah. Benda itu pegangan masing-masing. Kita tidak boleh suruh orang (ikut) pegangan kita dan depa (mereka) pun tak boleh suruh kita ambil pegangan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Don yang sudah berkecimpung dalam arena dakwah di Malaysia selama 14 tahun turut menasihati mereka di luar sana agar tidak takut untuk mencari ‘guru’ yang boleh membimbing.
“Jadi jangan takut, sepertimana saya nak anak saya berjumpa dengan guru yang betul. Saya akan berusaha menjadi guru yang betul kepada anak-anak tuan-tuan,” katanya.
Semalam, RTM telah mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ pendakwah tersebut daripada mengendalikan program Salam Baitullah. Ia susulan kontroversi berkenaan kenyataan Ustaz Don berhubung kisah hidup Nabi Muhammad.
Ketika bersiaran di sebuah stesen radio, Ustaz Don mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.
Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan dakwaan Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad turut diragui.
Artikle Berkaitan :>
Ustaz Kazim “bunuh diri” – Netizen