Nasional

Saya tidak ditahan, digari – Norhizam

KUALA LUMPUR – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, beliau tidak ditahan atau digari oleh pihak polis.

Malah katanya, beliau berada ditingkat dua Seri Negeri untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

“Saya tidak ditahan atau digari dan saya berada di pejabat saya di tingkat dua, Seri Negeri untuk beri keterangan kepada pihak polis,” kata seperti yang dipetik daripada Sinar Harian.

Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu berkata, kehadiran anggota polis dari Balai Polis Banda Hilir itu untuk mengambil keterangan susulan beliau membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh berhubung sebuah video yang tular dan memaparkan beliau bertegang urat leher dengan beberapa anggota polis di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Norhizam juga menafikan bahawa pejabatnya digeledah dan mengesahkan kehadirannya ke IPK itu sebagai sifat kemanusiaan untuk membawa ahli keluarga ahli DAP yang ditahan polis.

“Saya tidak tahu apa motif dan tujuan individu tersebut ‘viralkan’ video saya, adakah dia sakit hati atau mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

Difahamkan anggota polis telah datang ke pejabat Norhizam lebih kurang jam 7.30 malam tadi dan keluar dari Pejabat Kerajaan Negeri lebih kurang jam 9.30 malam.

Terdahulu, tular video berdurasi 0.38 saat Norhizam bersama pegawai khasnya, Mohd Muhaimin Abdullah dipercayai berselisih faham dengan beberapa anggota polis ketika membawa kira-kira ahli keluarga ahli DAP yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung pengganas LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button